Ibnor Riza ~ Meneka Dalam Kesamaran

( 1 )
Dari sudut hati yang terluka
Dengan niat suci yang membara
Ku curahkan semua harapan ku yang ada
Kerana ku terlalu menyinta

( 2 )
Ku menyingkir tiap keindahan
Ku lepaskan apa yang ku genggam
Tiada ku inginkan keraguan mu
Kian berpanjangan tanpa pedoman

( 3 )
Keteguhan cinta ku pada mu membuat ku tak merasa jemu
Seringkali pertanyaan yang cuba aku timbulkan
Pada mu itu hanya kebosanan
Bagaikan ada kesamaran di dalam sinar pengharapan

( 4 )
Puas sudah mencari silap ku
Puas sudah meneka hati mu
Tiada ku temui jawapan mu yang pasti
Yang memberi ketenangan diri