Elly Mazlein ~ Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan

Tak sanggupku berdepan tak ingin memandang
Tergambar kepahitan semalam
Terhiris perasaan ku pernah dibiarkan
Tiada khabar yang kau kirimkan

Pinggan untuk perhiasan rupanya pecah di tepi
Tidak elok andainya dibuat hidangan, apa pula kata tetamu yang datang
Itulah umpama kisah silam, usah diungkit sengaja dibesarkan
Demi menutup kesilapanmu, demi memohon kemaafanku

Tertutup sudah pintu hatiku
Tak usah engkau memujuk rayu
Biarpun berpisah nyawa dan badan
Sudah bersumpah tidak berdepan

Mendengar namamu bagai memikul beban
Mendidihlah kemarahan yang terpendam
Itu belum lagi kita berdepan, lebihlah elok jika dibiarkan
Kemarahanku reda sendiri, usah ditambah bara yang tersimpan

Walaupun berbagai rencana engkau lakukan
Sedikit pun tidak melembutkan hati
Malah makin tebal kebenciaanku, serta marahku tiada berkesudahan
Biarlah aku menanggung sendiri, segala dosa kerana membencimu